Assalamualaikum dan selamat petang semua !
memandangkan cuaca hari ni sangat la panas, so saya sarankan semua untuk banyak
minum air kosong yer :)
harini nak berkongsi sedikit mengenai tips diet bagi mengekalkan tubuh badan yang sihat ^^
Jangan skip breakfast
❤ Sarapan pagi amat penting untuk badan kita, lebih-lebih lagi bila ade kelas. Jika kita tidak mengambil sarapan pagi walaupun sedikit, ia dapat mempengaruhi tumpuan kita dalam kelas. Bagi sape-sape yang jarang sempat makan pagi, buangkan la tabiat tidur selepas subuh macam saya ni. So korang sempat la breakfast dulu before ke kelas ツ
|
Kurangkan Pengambilan gula ❤ Kepada yang tidak tahu, gula juga menyumbang kalori di dalam diet anda. Gula juga penyebab utama kepada kerosakan gigi. Kita perlu kurangkan pengambilan gula, dan ganti pengambilan gula dengan makanan semulajadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
Banyakkan minum Air
❤ Badan kita memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. So sebaiknya kita perlu bawa sebotol air setiap kali ke kelas bagi menghilangkan mengantuk akibat berjaga malam untuk mengulangkaji pelajaran. Memandangkan kalori air adalah 0, kita semua patut minum air dengan banyak dan komfom tak gemuk punya kalau minum air banyak-banyak ☺
Makan yang berkalsium tinggi ❤ Susu adalah pembekal kalsium yang tinggi. Kalau sape-sape jenis yang tak suka minum susu korang boleh cuba yogurt rendah lemak, sayur-sayuran. Kalau saya pulak suka minum susu yang berperisa saja. So korang yang tak minum susu boleh cuba minum susu berperisa seperti coklat dan strawberi ✔
Kurangkan Berat Badan !
❤ Kalau korang perlu kuruskan berat badan, jangan sampai crash dengan diet pulak. Tips yang paling baik untuk mengurangkan berat badan adalah buat tanpa paksaan dan semestinya kita berasa selesa dan gembira melakukannya. Jangan lupa amalkan makanan seimbang dan goodluck ! Ü
Makanan Segera ?
❤ Kalau sebut makanan segera, memang tidak dapat dipisahkan dengan semua pelajar macam saya ni. Mungkin kita berasa bosan dengan menu makanan kita setiap hari jadi pilihan terakhir kita adalah makanan segera @ junkfood.Tak kira la meggi ke, bubur ke, KFC ataupun Pizza, tak kisah la makanan apa yang kita nak makan tapi yang penting kita perlu bijak memilih makanan. Contohnya anda ada pilihan samada nak pilih pizza tanpa keju, atau burger saiz kecil, atau kentang rebus, atau potato wedges tanpa keju! Bukan belajar saja kita harus bijak, memilih makanan juga perlu bijak!
Snack Time !
❤ Kebiasaannya kita kerap tidur lewat sebab nak study, siapkan assignment, siapkan projek dan sebagainya kan? dan perkara biasa yang selalu kita buat bagi hilangkan mengantuk dan bosan adalah dengan mengunyah sesuatu makanan kan? So bagi mengelakkan kita makan makanan yang tidak sihat seperti gula-gula, meggi, burger dan apa kata kita simpan snek-snek yang lebih baik seperti bijirin, kekacang, buah-buahan segar atau biskut bijirin penuh ♫
Berdisiplin !
❤ Disiplin adalah perkara utama untuk mengekalkan tubuh badan kita sihat. Kita perlu melatih diri danberdisiplin ketika makan. Elakkan makan sambil tengok televisyen dan berbaring sebab kita tidak akan sedar kuantiti makanan yang kita makan ketika itu ❣
haaa...sekarang semua dah tau tips diet yang sihat kan? jadi jom kita amalkan cara pemakan yang sihat bagi mengelakkan dapat penyakit yang berbahaya ╰☆╮
ok entri kali ini sampai sini sajer, next time jumpa lagi..byee
|
Woaa, good2 , dah boleh start diet ni hihhi . :D thanks admin
ReplyDeleteselamat berdiet ! :D
DeleteMegi tetap peneman hati. Heee
ReplyDeletemakanan wajib tuk student , hahaa :)
Delete