Sunday, March 30, 2014

How to make a simple ice cream?

hye everyone !
today i want to share how to make a simple ice cream in a few minutes :)
and of course it is easy to do it everywhere...so, lets watch this video ! ^^



Sunday, March 23, 2014

Tips Diet Sihat untuk Pelajar :)

Assalamualaikum dan selamat petang semua !
memandangkan cuaca hari ni sangat la panas, so saya sarankan semua untuk banyak
 minum air kosong yer :)  
harini nak berkongsi sedikit mengenai tips diet bagi mengekalkan tubuh badan yang sihat  ^^



Jangan skip breakfast 
❤ Sarapan pagi amat penting untuk badan kita, lebih-lebih lagi bila ade kelas. Jika kita tidak mengambil sarapan pagi walaupun sedikit, ia dapat mempengaruhi tumpuan kita dalam kelas. Bagi sape-sape yang jarang sempat makan pagi, buangkan la tabiat tidur selepas subuh macam saya ni. So korang sempat la breakfast dulu before ke kelas 




Kurangkan Pengambilan gula 
❤ Kepada yang tidak tahu, gula juga menyumbang kalori di dalam diet anda. Gula juga penyebab utama kepada kerosakan gigi. Kita perlu kurangkan pengambilan gula, dan ganti pengambilan gula dengan makanan semulajadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.


 Banyakkan minum Air 

❤ Badan kita memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. So sebaiknya kita perlu bawa sebotol air setiap kali ke kelas bagi menghilangkan mengantuk akibat berjaga malam untuk mengulangkaji pelajaran. Memandangkan kalori air adalah 0, kita semua patut minum air 
dengan banyak dan komfom tak gemuk punya kalau minum air banyak-banyak  ☺ 






Makan yang berkalsium tinggi ❤ Susu adalah pembekal kalsium yang tinggi. Kalau sape-sape jenis yang tak suka minum susu korang boleh cuba yogurt rendah lemak, sayur-sayuran. Kalau saya pulak suka minum susu yang berperisa saja. So korang yang tak minum susu boleh cuba minum susu berperisa seperti coklat dan strawberi 



  Kurangkan Berat Badan !
❤  Kalau korang perlu kuruskan berat badan, jangan sampai crash dengan diet pulak. Tips yang paling baik untuk mengurangkan berat badan adalah buat tanpa paksaan dan semestinya kita berasa selesa dan gembira melakukannya. Jangan lupa amalkan makanan seimbang dan goodluck ! Ü




Makanan Segera ?
❤  Kalau sebut makanan segera, memang tidak dapat dipisahkan dengan semua pelajar macam saya ni. Mungkin kita berasa bosan dengan menu makanan kita setiap hari jadi pilihan terakhir kita adalah makanan segera @ junkfood.Tak kira la meggi ke, bubur ke, KFC ataupun Pizza, tak kisah la makanan apa yang kita nak makan tapi yang penting kita perlu bijak memilih makanan. Contohnya anda ada pilihan samada nak pilih pizza tanpa keju, atau burger saiz kecil, atau kentang rebus, atau potato wedges tanpa keju! Bukan belajar saja kita harus bijak, memilih makanan juga perlu bijak!





Snack Time !
❤ Kebiasaannya kita kerap tidur lewat sebab nak study, siapkan assignment, siapkan projek dan sebagainya kan? dan perkara biasa yang selalu kita buat bagi hilangkan mengantuk dan bosan adalah dengan mengunyah sesuatu makanan kan? So bagi mengelakkan kita makan makanan yang tidak sihat seperti gula-gula, meggi, burger dan apa kata kita simpan snek-snek yang lebih baik seperti bijirin, kekacang, buah-buahan segar atau biskut bijirin penuh 






Berdisiplin !
❤  Disiplin adalah perkara utama untuk mengekalkan tubuh badan kita sihat. Kita perlu melatih diri danberdisiplin ketika makan. Elakkan makan sambil tengok televisyen dan berbaring sebab kita tidak akan sedar kuantiti makanan yang kita makan ketika itu ❣ 











haaa...sekarang semua dah tau tips diet yang sihat kan? jadi jom kita amalkan cara pemakan yang sihat bagi mengelakkan dapat penyakit yang berbahaya ╰☆╮
ok entri kali ini sampai sini sajer, next time jumpa lagi..byee

Sunday, March 2, 2014

MARS BAR homemade ^^

Haiii,,assalamualaikum...
Salam 1Malaysia, Salam inspirasi, dan Salam Aman Jaya semua !!!
malam ni tetiba je rasa nak menaip even assignment berlambak tak sentuh lagi,,ok jgan ikut perangai saya ni ok -.-'
disebabkan kekurangan idea nak tulis apa kat blog ni, then saya decide nak share dengan korang semua macamna nak buat coklat Mars Bar ^^
memandangkan saya sangat rajin buat coklat sendiri kat rumah and saya pernah buat coklat ni masa cuti semester haritu..so jom sama2 kita belaja mcmna nk buat Mars Bar :)
buat coklat ni xdelah susah sangat pun,,sangat simple and sape-sape pun boleh buat sendiri ok ^_~

Bahan-bahan : 


gambar credit to google :)

1. Rice krispies
2. buttercup
3. cokelat mars
4. original cadbury dairy milk

Cara-cara :

1. Cairkan coklat 4keping mini Mars bersama dengan 90g Buttercup (makesure guna api yg sederhana ok)
2. Ambil 3cup Rice Krispies Kellogs tu dan gaulkan dengan rata ke dalam coklat yg kita cairkan tadi k
3. Kemudian, lepas dah siap gaul rata..tuangkan ke dalam dulang, tupperware or pape saja yg korang nk letak..then letak ketepi kejap .
4. Untuk topping : cairkan coklat Cadbury Dairy milk tu dengan sedikit buttercup dengan cara double boil tau..
5. Lastly, tuang dan ratakan coklat cadbury+buttercup tu ke atas rice krispies tuu tadi 
then
simpan dalam peti lebih kurang sejam pastu boleh la makan yer ! :D



taraaaaa......ni la rupa Mars Bar !
mcm sedap je,,mcm sedap je :)


ni contoh rupa coklat yg saya amek kat google >.<




ni laa hasil yg saya buat harituu..coklat cadbury tu saya gantikan 
dgn Beryl's Choc..tapi tetap sodappp woo :D


haaa,, tunggu apa lagi..jomm la try buat..bukan susah pun kann :)
kalau nak beli Mars bar yg dah siap bukannya murah,,better buat sendri lagi jimat
pastu dpat makan banyak lagi..perrghhh !!!! 
melelehh air liur tgok coklat nii..:P