Wednesday, May 21, 2014

Tips hilangkan Sunburn ☼ ☼ ☼

Hai Assalamualaikum n Selamat petang !
nasib baik laa hari ni free and xde kelas,,bru la rajin nak tulis blog ni ツ
Okayy, entri kali ni nak kongsikan mengenai cara-cara nak hilangkan sunburn di muka..
memandangkan saya anggota Kor Sispa UPSI..so mmg dah biasa kawad kaki kt tngah pnas
and selalu jugak la sunburn ni..huhu
tapi jangan risau sebab ade cara yang senang nak hilangkan sunburn tu..jomm tengok !


yogurt

ok, yogurt ni boleh beli n dapat kat mana-mana kedai. korang just sapukan terus yogurt tu
kat muka then tunggu sampai yogurt tu kering kt muka. pastu korang boleh la gosokkn yogurt tu mcam korang scrub muka..and last cuci muka..simple kann ! 


aloe vera

aloe vera ni elok untuk kulit tau,,so untuk muka sunburn pun sangat sesuai pkai aloe vera..cara pkai senang je, korang just amek isi aloe vera tuu then sape kat bhgian muka yg burn..sapu aloe vera ni jugak sama mcam sapu losyen bagi melembapkan kulit..haa , try laa ok ♫



tomato

buah tomato jugak boleh digunakan tuk hilangkan sunburn kat muka..ade 2 cara nak pkai tomato ni..
samada nak potong buah tomato and trus sapu kat muka or korang nak kisar dulu and then sapu kt muka pun boleh ❣



kentang

kentang ni pulak, korang boleh rebuskan dulu. lepastu lenyek je kentang tu then 
baru sapu kat muka yg burn..agak-agak dlm 20-30min boleh la cuci..and tngokla hasilnya ❀



mayonis

haa..mayonis ni beli je mana-mana mayonis pastu sapu ke bhgian muka
yang sunburn tuu..♥









Monday, April 14, 2014

Sifat Seseorang melalui Cara Menggunakan Bantal ❄ ❄ ❄


Assalamualaikum dan Selamat Petang !
memandangkan cuaca harini mendung n redup je,,mesti syokkan kalau boleh tidor..hehee ☁
tapi xpe kejap lagi kita tidor yer..okay, harini saya nk share mengenali 
sifat dalam diri dari cara menggunakan bantal semasa tidor 
✎  jemputlaa baca yer :B



Memeluk bantal
  ☾ Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, musik dan sastra. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

Menggunakan banyak bantal
 ☾  Mereka biasanya kurang keyakinan. Dalam kehidupan seharian, mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

Tidur dengan satu bantal
☾  Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan pikiran dan bukan nafsu semata-mata.

Meletakkan bantal di bawah kaki
 ☾  Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dengan orang ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita-cita. Mereka tidak suka berusaha.

Tidur tanpa bantal
☾  Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.






Sunday, April 13, 2014

Let's make a something cute on your coffee ツ

Goodmorning and Hye everyone
today i'm going to share something for you guys..
let's see and have fun  Ü














Saturday, April 12, 2014

100 Sunnah Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum dan Selamat Petang !
harini dah mula balik kolej..berat hati nak balik kolej,hurmm :(
oklaa,back to the story..haa, ptg ni nk share skit pasal sunnah2 Nabi Muhammad s.a.w, yang boleh kita amalkan setiap hari..
memandangkan sy ni sebelum tdo jarang nk amek wuduk..tuu yang sampai mimpi yang bukan-bukan.hehe
jom sama-sama kita amalkan sunnah-sunnah ini..mula sikit-sikit pun jadilah :)







1-Tidur Dalam Keadaan Berwuduk
2- Baca surah Ikhlas, Al-Falak dan An-Nas Sebelum Tidur
3- Takbir dan Tasbih Ketika Tidur
4- Berdoa Ketika Terbangun Dari Tidur Waktu Malam
5-Doa ketika Bangun Daripada Tidur
6- Berkumur dan Menghisap Air Ke Dalam Hidung Dari Satu Cedukan Sebelah Tangan
7- Berwuduk Sebelum Mandi
8-Baca Doa Selepas Wuduk
9-Jimat Penggunaan Air
10- Selepas Wuduk Sembahyang Dua Rakaat

11-Menjawab Seruan Azan
12- Banyak Bersugi
13- Ke Masjid Awal
14- Pergi Ke Masjid Berjalan Kaki
15- Hadir Sembahyang Dengan Tenang
16- Doa Ketika Masuk Dan Keluar Masjid
17- Sembahyang Berhadang
18- Duduk Atas Dua Tumit Yang Didirikan Ketika Duduk Antara Dua Sujud
19-Duduk Atas Lantai Dengan Mendirikan Kaki Kanan Ketika Duduk Tahyat Akhir
20- Banyakkan Berdoa Setelah Tahyat Akhir Dan Sebelum Beri Salam
21- Melakukan Sembahyang Sunat Rawatib
22- Sembahyang Dhuha
23-Qiyamullail
24- Sembahyang Witir
25- Sembahyang Dengan Beralas Kaki
26- Sembahyang Di Masjid Quba’
27- Sembahyang Sunat Di Rumah
28-Sembahyang Istikharah
29-Duduk Di Tempat Sembahyang Selepas Sembahyang Subuh Hingga Terbit Matahari
30- Mandi Hari Jumaat
31- Hadir Awal Untuk Sembahyang Jummat
32- Mencari Masa Mustajab Doa Hari Jumaat
33- Pergi Dan Balik Sembahyang Raya Dengan Jalan Berbeza
34- Sembahyang Jenazah
35- Ziarah Kubur-kubur
36- Sahur (Puasa)
37- Segera Berbuka Puasa
38-Menghidupkan Ramadhan
39- Iktikaf Pada Bulan Ramadhan
40- Puasa Sunat Enam Hari Dalam Bulan Syawal
41- Puasa Tiga Hari Setiap Bulan
42- Puasa Hari Arafah
43- Puasa Hari Asyura
44- Pilih Seorang Ketua (Musafir)
45- Takbir Ketika Melalui Tempat Tinggi Dan Tasbih Ketika Menuruni Tempat Rendah
46- Doa Ketika Singgah Sesuatu Tempat










Thursday, April 10, 2014

3 WAKTU DILARANG MANDI !

Assalamualaikum n Selamat Pagi kawan-kawan :)
Hari ni hari KHAMIS, so tinggal 3hari je lagi baki cuti midsem
saya. Memandangkan cuti saya ni penuh dengan assignment :(
tapi pagi ni saya luangkan masa sikit dekat blog kesayangan saya ni.
Okayy..harini saya nak share sikit tentang waktu-waktu yang tak patut
kita mandi...bila dah baca nanti bolehla tambahkan info and 
boleh la share dengan kawan-kawan lain yer 


 ☼ 3 WAKTU DILARANG MANDI  

1. 30 Minit Setelah Solat Asar. 30 minit setelah solat asar itu adalah waktu dimana darah didalam diri kita ketika itu sedang panas, jika kita mandi ketika itu akan menyebabkan badan menjadi lelah dan penat untuk melakukan pekerjaan.

2. Setelah Maghrib. Jantung kita setelah maghrib sudah mulai lemah untuk melakukan pekerjaan. Jadi, kajian menunjukkan bahawa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan boleh menyebabkan paru-paru basah.


3. Setelah Isya' sehingga pukul 12 malam. Setelah solat isya, ini saatnya jantung kita berhenti dan melakukan istirehat, jika mandi ketika ini akan menyebabkan kerosakan jantung akibat kemasukan air, sebaiknya mandi setelah 1 jam dari jam 12 malam antara pukul 2 - 3 pagi itu akan lebih memberikan energy kepada badan kita seperti mana bateri yang telah lemah di cas semula.



 •♥•♥•♥•♥•♥ NURSHAFIRA BINTI CHE ANUAR ♥•♥•♥•♥•♥•

Sunday, March 30, 2014

How to make a simple ice cream?

hye everyone !
today i want to share how to make a simple ice cream in a few minutes :)
and of course it is easy to do it everywhere...so, lets watch this video ! ^^



Sunday, March 23, 2014

Tips Diet Sihat untuk Pelajar :)

Assalamualaikum dan selamat petang semua !
memandangkan cuaca hari ni sangat la panas, so saya sarankan semua untuk banyak
 minum air kosong yer :)  
harini nak berkongsi sedikit mengenai tips diet bagi mengekalkan tubuh badan yang sihat  ^^



Jangan skip breakfast 
❤ Sarapan pagi amat penting untuk badan kita, lebih-lebih lagi bila ade kelas. Jika kita tidak mengambil sarapan pagi walaupun sedikit, ia dapat mempengaruhi tumpuan kita dalam kelas. Bagi sape-sape yang jarang sempat makan pagi, buangkan la tabiat tidur selepas subuh macam saya ni. So korang sempat la breakfast dulu before ke kelas 




Kurangkan Pengambilan gula 
❤ Kepada yang tidak tahu, gula juga menyumbang kalori di dalam diet anda. Gula juga penyebab utama kepada kerosakan gigi. Kita perlu kurangkan pengambilan gula, dan ganti pengambilan gula dengan makanan semulajadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.


 Banyakkan minum Air 

❤ Badan kita memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. So sebaiknya kita perlu bawa sebotol air setiap kali ke kelas bagi menghilangkan mengantuk akibat berjaga malam untuk mengulangkaji pelajaran. Memandangkan kalori air adalah 0, kita semua patut minum air 
dengan banyak dan komfom tak gemuk punya kalau minum air banyak-banyak  ☺ 






Makan yang berkalsium tinggi ❤ Susu adalah pembekal kalsium yang tinggi. Kalau sape-sape jenis yang tak suka minum susu korang boleh cuba yogurt rendah lemak, sayur-sayuran. Kalau saya pulak suka minum susu yang berperisa saja. So korang yang tak minum susu boleh cuba minum susu berperisa seperti coklat dan strawberi 



  Kurangkan Berat Badan !
❤  Kalau korang perlu kuruskan berat badan, jangan sampai crash dengan diet pulak. Tips yang paling baik untuk mengurangkan berat badan adalah buat tanpa paksaan dan semestinya kita berasa selesa dan gembira melakukannya. Jangan lupa amalkan makanan seimbang dan goodluck ! Ü




Makanan Segera ?
❤  Kalau sebut makanan segera, memang tidak dapat dipisahkan dengan semua pelajar macam saya ni. Mungkin kita berasa bosan dengan menu makanan kita setiap hari jadi pilihan terakhir kita adalah makanan segera @ junkfood.Tak kira la meggi ke, bubur ke, KFC ataupun Pizza, tak kisah la makanan apa yang kita nak makan tapi yang penting kita perlu bijak memilih makanan. Contohnya anda ada pilihan samada nak pilih pizza tanpa keju, atau burger saiz kecil, atau kentang rebus, atau potato wedges tanpa keju! Bukan belajar saja kita harus bijak, memilih makanan juga perlu bijak!





Snack Time !
❤ Kebiasaannya kita kerap tidur lewat sebab nak study, siapkan assignment, siapkan projek dan sebagainya kan? dan perkara biasa yang selalu kita buat bagi hilangkan mengantuk dan bosan adalah dengan mengunyah sesuatu makanan kan? So bagi mengelakkan kita makan makanan yang tidak sihat seperti gula-gula, meggi, burger dan apa kata kita simpan snek-snek yang lebih baik seperti bijirin, kekacang, buah-buahan segar atau biskut bijirin penuh 






Berdisiplin !
❤  Disiplin adalah perkara utama untuk mengekalkan tubuh badan kita sihat. Kita perlu melatih diri danberdisiplin ketika makan. Elakkan makan sambil tengok televisyen dan berbaring sebab kita tidak akan sedar kuantiti makanan yang kita makan ketika itu ❣ 











haaa...sekarang semua dah tau tips diet yang sihat kan? jadi jom kita amalkan cara pemakan yang sihat bagi mengelakkan dapat penyakit yang berbahaya ╰☆╮
ok entri kali ini sampai sini sajer, next time jumpa lagi..byee

Sunday, March 2, 2014

MARS BAR homemade ^^

Haiii,,assalamualaikum...
Salam 1Malaysia, Salam inspirasi, dan Salam Aman Jaya semua !!!
malam ni tetiba je rasa nak menaip even assignment berlambak tak sentuh lagi,,ok jgan ikut perangai saya ni ok -.-'
disebabkan kekurangan idea nak tulis apa kat blog ni, then saya decide nak share dengan korang semua macamna nak buat coklat Mars Bar ^^
memandangkan saya sangat rajin buat coklat sendiri kat rumah and saya pernah buat coklat ni masa cuti semester haritu..so jom sama2 kita belaja mcmna nk buat Mars Bar :)
buat coklat ni xdelah susah sangat pun,,sangat simple and sape-sape pun boleh buat sendiri ok ^_~

Bahan-bahan : 


gambar credit to google :)

1. Rice krispies
2. buttercup
3. cokelat mars
4. original cadbury dairy milk

Cara-cara :

1. Cairkan coklat 4keping mini Mars bersama dengan 90g Buttercup (makesure guna api yg sederhana ok)
2. Ambil 3cup Rice Krispies Kellogs tu dan gaulkan dengan rata ke dalam coklat yg kita cairkan tadi k
3. Kemudian, lepas dah siap gaul rata..tuangkan ke dalam dulang, tupperware or pape saja yg korang nk letak..then letak ketepi kejap .
4. Untuk topping : cairkan coklat Cadbury Dairy milk tu dengan sedikit buttercup dengan cara double boil tau..
5. Lastly, tuang dan ratakan coklat cadbury+buttercup tu ke atas rice krispies tuu tadi 
then
simpan dalam peti lebih kurang sejam pastu boleh la makan yer ! :D



taraaaaa......ni la rupa Mars Bar !
mcm sedap je,,mcm sedap je :)


ni contoh rupa coklat yg saya amek kat google >.<




ni laa hasil yg saya buat harituu..coklat cadbury tu saya gantikan 
dgn Beryl's Choc..tapi tetap sodappp woo :D


haaa,, tunggu apa lagi..jomm la try buat..bukan susah pun kann :)
kalau nak beli Mars bar yg dah siap bukannya murah,,better buat sendri lagi jimat
pastu dpat makan banyak lagi..perrghhh !!!! 
melelehh air liur tgok coklat nii..:P





Saturday, February 22, 2014

Appendiks? Apa tu appendiks???

Assalamualaikum...
first of all, saya nak ucapkan 'Selamat datang ke dunia blog'
 kepada diri saya sendiri, hehe 
disebabkan tak biasa dengan laman blog ni
so kamu semua boleh la tengok betapa simple nya blog saya nii :)

okayy..entri kali ini saya nak share sedikit tentang Appendiks...haa, sebenarnya kamu semua tahu tak pasal penyakit Appendiks ni? since saya admit hospital haritu sebab suspect appendiks
so dah sihat sikit ni, ada la buat research sikit pasal appendix. sebelum ni ambek mudah je.
kadangkadang rasa sakit appendix ni lebih kurang sikit je dengan rasa period pain bagi perempuan.


lebih kurang ye, bukan sama..huhu


bagi saya, macamana nak bezakan gastrik dengan appendix senang je.
kalau gastrik sakit sebelah kiri, appendix pulak sakit sebelah kanan ok? :)
kalau nak ceritakan pasal pengalaman memang tak dapat nak digambarkan macamna, biarla menjadi kenangan pahit buat saya ;)
so sekarang jom kita explore apa tu appendix?



nak share sikit gambar before masuk bilik pembedahan 
keep smile :)



Apa itu Apendiks?

Apendiks merupakan tiub yg sempit ,berongga  dan hujungnya tertutup .Ia bersambung dgn cecum(bahagian awal usus besar). Kebiaasaannya ,panjang apendiks ialah 10cm.Diameternya pula antara 7-8mm. Nama lain bagi apendiks ialah “vermiform appendix” kerana bentuknya yg seperti cacing.



Apendiks juga adalah lebihan pada usus perut. Sekiranya berlaku jangkitan ia boleh menyakitkan. Apendisitis yang teruk boleh menyebabkan apendiks pecah dengan pembentukan nanah di dalam rerongga abdomen atau peritonitis (jangkitan rerongga abdomen).



ni laa rupa appendiks kita..



Apa radang appendiks tu?

Radang Appendik adalah satu keadaan di mana appedik menjadi bengkak dan bernanah. Appendik biasanya bersaiz jari dan merupakan bahagian yang menonjol pada usus besar yang terletak di sebelah kanan abdomen.

MULA-MULA, kita akan rasa sakit pada bahagian tengah perut atau sekitar pusat yang menyerang selang beberapa jam atau dua hingga tiga kali sehari.
Lama kelamaan , kesakitan akan berpindah dari tengah perut ke bahagian bawah abdomen kanan. Kesakitan menjadi semakin bertambah kuat dari semasa ke semasa terutamanya jika kita bergerak, batuk atau berjalan.
Sekiranya kita memberikan tekanan lembut ke bahagian terbabit, ia mungkin akan terasa sakit. Apabila melepaskan tekanan itu dengan pantas, kesakitan selalunya terasa teruk. Tekak juga terasa mual disusuli muntah-muntah dan demam.
Lazimnya, pesakit kelihatan kerap duduk sambil membongkok bagi menahan kesakitan yang dialami. Kesakitan mungkin berkurangan jika anda berbaring pada sebelah badan dan menarik lutut ke arah dada anda.
kalau nak tau lebih detail sila bukak sini k :)



Simptom-simptom ?

  1. Peringkat awal. Tanda awal yang biasa berlaku ialah bila kita mula rasasakit dari bahagian pusat dan kemudian melarat ke bahagian bawah abdomen/perut. Posisinya lebih kurang kalau kita letak tapak tangan kita di bawah hujung tulang rusuk kanan. Kat situlah yang kita akan rasa berdenyut-denyut.
  2. Jika radang merebak ke tisu sekitar, rasa sakit bawah perut akan rasa lebih kuat dan mungkin semakin teruk.
  3. Loya dan muntah-muntah. Ramai yang sangka mungkin salah makan atau keracunan makanan. Maka, ubat tahan muntah dan loya menjadi pilihan ramai doktor. Ini pentingnya kita tahu gabungan gejala dan tanda sakit perut yang luar biasa.
  4. Hilang selera makan. Bila dah selalu muntah dan rasa loya, mana mungkin nak makan dengan berselerakan? Jadi, kalau kita sakit perut lebih dari 3 hari, selera makan pun hilang, eloklah segera ke klinik atau hospital berdekatan untuk pemeriksaan rapi.
  5. Cirit-birit. Ini antara gejala awal berlaku radang appendik. Ianya tidaklah lama sebab perut kita tidak terlalu padat dengan makanan. Maka, air besar juga kelihatan sedikit luar biasa. Penting untuk tahu, mana yang biasa dan luar biasa!
  6. Sembelit. Ada sesetengah pesakit appendik rasa susah nak buang air besar 
  7. Sukar kentut. Ini antara tanda/gejala penting sakit perut atau radang appendik. Memang amat susah untuk buang angin bila seseorang tu appendiknya sudah bengkak. 
  8. Bengkak pada abdomen/perut. Memang tak berapa nampak sebenarnya, tapi kalau betul-betul appendik kita bengkak (di dalam perut), memang akan boleh dilihat jika kita berbaring. Akan nampak sedikit bengkakan di sekitar bawah perut kanan. Biasanya kalau ditekan, memang terasa sakit dan tak selesa.
  9. Demam. Ini soalan nombor 1 yang doktor akan tanya dan biasanya kita yang sakit perut tak demam pun . Jadi, kalau ada rasa badan panas sedikit (lebih 37 degree), pastikan kita maklumkan pada doktor.
  10. Kedudukan lutut. Bagi pesakit ini, bila ditarik kedua lutut ke arah dada, rasa sakit perut tu akan berkurang dan lebih selesa.
                       http://www.hafizmohd.com/kesihatan/sakit-perut-kanan-10-simptom-radang-appendik/
(banyak lagi maklumat mengenai appendiks kat sini)

Komplikasi 

1. APPENDIK PECAH : Komplikasi yang sangat serius adalah apabila appendik menjadi pecah.Kandungan dalam usus dan organisma-organisma yang membawa jangkitan akan menyerang kawasan abdomen .Ini akan menyebabkan jangkitan pada lapisan yang meliputi kawasan pencernaan.Apabila appedik menjadi pecah,pesakit terasa lebih sihat dari sebelumya secara tiba-tiba.Tetapi kemudiannya,keseluruhan kawasan abdomen akan kembung dengan gas dan cecair.Pesakit akan merasai tidak selesa,tegang dan sakit jika disentuh.Pesakit juga akan mengalami sakit pada kawasan tertentu di abdomen. Pesakit juga akan tidak mampu membuang angin dan mennyahtinja disebabkan radang tersebut. Lain-lain yang dapat dilihat adalah demam,dahaga dan air kencing yang sedikit..(dalam kes saya haritu macamni la komplikasi appendik pecah)

2. PERITONITIS : Peritonitis atau radang pada dinding abdomen biasanya perut, adalah kes kecemasan. Jika salah seorang ahli keluarga anda mengalaminya, maka perlulah merujuk kepada bahagian kecemasan secepat mungkin sebelum ia menjadi lebih kronik. Appendik akan menjadi bengkak dan bernanah. Ia mungkin mencapai saiz sebesar badam atau sebesar buah limau. Rawatan adalah penting sebelum ia menjadi lebih kronik(peritonitis).

http://mamiraysha.blogspot.com/2011/11/kenali-simptom-radang-apendiks-anda.html
(blog ni ada lagi lebih detail pasal appendiks)

so saya harap kita semua dapat menjaga kesihatan diri yer..kalau nak tahu lebih detail pasal appendiks ni 
sila lah merajinkan diri bukak or search kat Uncle Google, Aunt Youtube
 atau mana-mana lah yang ada kat dalam internet ni..
ini saja yang dapat saya share kepada kawan-kawan semua :)
memandangkan esok subuh2 lagi dah ade program, so nak kne tido dulu..
selamat malam ^_^