Assalamualaikum...
first of all, saya nak ucapkan 'Selamat datang ke dunia blog'
kepada diri saya sendiri, hehe
disebabkan tak biasa dengan laman blog ni
so kamu semua boleh la tengok betapa simple nya blog saya nii :)
okayy..entri kali ini saya nak share sedikit tentang Appendiks...haa, sebenarnya kamu semua tahu tak pasal penyakit Appendiks ni? since saya admit hospital haritu sebab suspect appendiks
so dah sihat sikit ni, ada la buat research sikit pasal appendix. sebelum ni ambek mudah je.
kadangkadang rasa sakit appendix ni lebih kurang sikit je dengan rasa period pain bagi perempuan.
lebih kurang ye, bukan sama..huhu
bagi saya, macamana nak bezakan gastrik dengan appendix senang je.
kalau gastrik sakit sebelah kiri, appendix pulak sakit sebelah kanan ok? :)
kalau nak ceritakan pasal pengalaman memang tak dapat nak digambarkan macamna, biarla menjadi kenangan pahit buat saya ;)
so sekarang jom kita explore apa tu appendix?
nak share sikit gambar before masuk bilik pembedahan
keep smile :)
Apa itu Apendiks?
Apendiks merupakan tiub yg sempit ,berongga dan hujungnya tertutup .Ia bersambung dgn cecum(bahagian awal usus besar). Kebiaasaannya ,panjang apendiks ialah 10cm.Diameternya pula antara 7-8mm. Nama lain bagi apendiks ialah “vermiform appendix” kerana bentuknya yg seperti cacing.
Apendiks juga adalah lebihan pada usus perut. Sekiranya berlaku jangkitan ia boleh menyakitkan. Apendisitis yang teruk boleh menyebabkan apendiks pecah dengan pembentukan nanah di dalam rerongga abdomen atau peritonitis (jangkitan rerongga abdomen).
ni laa rupa appendiks kita..
Apa radang appendiks tu?
Radang Appendik adalah satu keadaan di mana appedik menjadi bengkak dan bernanah. Appendik biasanya bersaiz jari dan merupakan bahagian yang menonjol pada usus besar yang terletak di sebelah kanan abdomen.
MULA-MULA, kita akan rasa sakit pada bahagian tengah perut atau sekitar pusat yang menyerang selang beberapa jam atau dua hingga tiga kali sehari.
Lama kelamaan , kesakitan akan berpindah dari tengah perut ke bahagian bawah abdomen kanan. Kesakitan menjadi semakin bertambah kuat dari semasa ke semasa terutamanya jika kita bergerak, batuk atau berjalan.
Sekiranya kita memberikan tekanan lembut ke bahagian terbabit, ia mungkin akan terasa sakit. Apabila melepaskan tekanan itu dengan pantas, kesakitan selalunya terasa teruk. Tekak juga terasa mual disusuli muntah-muntah dan demam.
Lazimnya, pesakit kelihatan kerap duduk sambil membongkok bagi menahan kesakitan yang dialami. Kesakitan mungkin berkurangan jika anda berbaring pada sebelah badan dan menarik lutut ke arah dada anda.
kalau nak tau lebih detail sila bukak sini k :)
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0820&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm#ixzz2u4FTNnTr
© Utusan Melayu (M) Bhd
Simptom-simptom ?
- Peringkat awal. Tanda awal yang biasa berlaku ialah bila kita mula rasasakit dari bahagian pusat dan kemudian melarat ke bahagian bawah abdomen/perut. Posisinya lebih kurang kalau kita letak tapak tangan kita di bawah hujung tulang rusuk kanan. Kat situlah yang kita akan rasa berdenyut-denyut.
- Jika radang merebak ke tisu sekitar, rasa sakit bawah perut akan rasa lebih kuat dan mungkin semakin teruk.
- Loya dan muntah-muntah. Ramai yang sangka mungkin salah makan atau keracunan makanan. Maka, ubat tahan muntah dan loya menjadi pilihan ramai doktor. Ini pentingnya kita tahu gabungan gejala dan tanda sakit perut yang luar biasa.
- Hilang selera makan. Bila dah selalu muntah dan rasa loya, mana mungkin nak makan dengan berselerakan? Jadi, kalau kita sakit perut lebih dari 3 hari, selera makan pun hilang, eloklah segera ke klinik atau hospital berdekatan untuk pemeriksaan rapi.
- Cirit-birit. Ini antara gejala awal berlaku radang appendik. Ianya tidaklah lama sebab perut kita tidak terlalu padat dengan makanan. Maka, air besar juga kelihatan sedikit luar biasa. Penting untuk tahu, mana yang biasa dan luar biasa!
- Sembelit. Ada sesetengah pesakit appendik rasa susah nak buang air besar
- Sukar kentut. Ini antara tanda/gejala penting sakit perut atau radang appendik. Memang amat susah untuk buang angin bila seseorang tu appendiknya sudah bengkak.
- Bengkak pada abdomen/perut. Memang tak berapa nampak sebenarnya, tapi kalau betul-betul appendik kita bengkak (di dalam perut), memang akan boleh dilihat jika kita berbaring. Akan nampak sedikit bengkakan di sekitar bawah perut kanan. Biasanya kalau ditekan, memang terasa sakit dan tak selesa.
- Demam. Ini soalan nombor 1 yang doktor akan tanya dan biasanya kita yang sakit perut tak demam pun . Jadi, kalau ada rasa badan panas sedikit (lebih 37 degree), pastikan kita maklumkan pada doktor.
- Kedudukan lutut. Bagi pesakit ini, bila ditarik kedua lutut ke arah dada, rasa sakit perut tu akan berkurang dan lebih selesa.
http://www.hafizmohd.com/kesihatan/sakit-perut-kanan-10-simptom-radang-appendik/
(banyak lagi maklumat mengenai appendiks kat sini)
Komplikasi
1. APPENDIK PECAH : Komplikasi yang sangat serius adalah apabila appendik menjadi pecah.Kandungan dalam usus dan organisma-organisma yang membawa jangkitan akan menyerang kawasan abdomen .Ini akan menyebabkan jangkitan pada lapisan yang meliputi kawasan pencernaan.Apabila appedik menjadi pecah,pesakit terasa lebih sihat dari sebelumya secara tiba-tiba.Tetapi kemudiannya,keseluruhan kawasan abdomen akan kembung dengan gas dan cecair.Pesakit akan merasai tidak selesa,tegang dan sakit jika disentuh.Pesakit juga akan mengalami sakit pada kawasan tertentu di abdomen. Pesakit juga akan tidak mampu membuang angin dan mennyahtinja disebabkan radang tersebut. Lain-lain yang dapat dilihat adalah demam,dahaga dan air kencing yang sedikit..(dalam kes saya haritu macamni la komplikasi appendik pecah)
2. PERITONITIS : Peritonitis atau radang pada dinding abdomen biasanya perut, adalah kes kecemasan. Jika salah seorang ahli keluarga anda mengalaminya, maka perlulah merujuk kepada bahagian kecemasan secepat mungkin sebelum ia menjadi lebih kronik. Appendik akan menjadi bengkak dan bernanah. Ia mungkin mencapai saiz sebesar badam atau sebesar buah limau. Rawatan adalah penting sebelum ia menjadi lebih kronik(peritonitis).
http://mamiraysha.blogspot.com/2011/11/kenali-simptom-radang-apendiks-anda.html
(blog ni ada lagi lebih detail pasal appendiks)
so saya harap kita semua dapat menjaga kesihatan diri yer..kalau nak tahu lebih detail pasal appendiks ni
sila lah merajinkan diri bukak or search kat Uncle Google, Aunt Youtube
atau mana-mana lah yang ada kat dalam internet ni..
ini saja yang dapat saya share kepada kawan-kawan semua :)
memandangkan esok subuh2 lagi dah ade program, so nak kne tido dulu..
selamat malam ^_^